Tuesday 28 November 2017

Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Sabah Kesatria Challenge 2017



Festival Memanah Tradisional Antarabangsa Kejohanan Dinamik Malaysia 2018



Miscommunication / salah faham



1. Salah faham. Miscommunication. 
2. Berlaku bila mana kita berkomunikasi antara lebih 1 manusia. Kalau kita bercakap sendiri, salah faham takkan berlaku (ha ha ha).
3. Komunikasi hari ini menjadi lebih kompleks berbanding sebelum zaman IT. 
4. Peradaban manusia dibina atas komunikasi. Dengan kecanggihan komunikasi, kaedah atau method komunikasi juga turut berubah seiring dengan perubahan zaman.
5. Namun, terdapat satu persamaan yang jelas iaitu menyampaikan maklumat supaya difahami oleh pihak yang dihubung.
6. Daripada kaedah azali iaitu bercakap secara berhadapan, kaedah berkomunikasi manusia kita telah banyak mengalami perubahan secara drastik.
7. Whatapps. Email. Facebook. Weechat. Instagram. Itu adalah sebahagian daripada contoh - contoh kaedah terkini yang menjadi trend golongan muda.
8. Soalnya, adakah kaedah komunikasi itu menjadi lebih efektif atau sebaliknya?
Adakah ia sangat baik dalam semua keadaan atau sebaliknya?
Adakah kaedah lain perlu ditinggalkan dan guna sepenuhnya kaedah baru?
Atau adakah isu miscommunication / salah faham mampu dikurangkan secara maksima?
9. Matlamat utama sebuah komunikasi adalah menyampaikan maklumat supaya difahami dan diterima oleh pihak lain. Walaupun kaedah atau method komunikasi telah berubah, namun matlamat utama untuk menyampaikan maklumat tidak pernah berubah.
10. Dalam pengurusan, saya lebih cenderung menggunakan semua kaedah yang ada dan semua yang paling efektif. Saya tidak pernah tertakluk kepada satu kaedah. Semua kaedah diguna pakai. Namun tidak pernah terikat dengan satu kaedah sahaja.
11. Sebagai generasi IT, kita tidak sewajarnya menggunakan satu kaedah sahaja. Kita perlu mahir semua kaedah.
12. Etika berkomunikasi juga tetap tidak berubah walaupun pelbagai cara ada di dunia. Etika berikut tetap perlu diamalkan.

Jujur.
Benar. 
Tidak menipu.
Sahih.
Kebertanggungjawaban. Accountability.
Bukan fitnah. 
Bukan perkara sia - sia.
Setiap perkara atas niat yang baik.
Bukan untuk riak, sombong dan ego.
Setiap yang kita buat boleh sampai ke akhirat.
Bermanfaat.
Dosa dan neraka.
Pahala dan syurga.

13. Dengan kepelbagaian kaedah komunikasi yang ada, kecenderungan untuk salah faham amatlah tinggi. Disebabkan kaedah komunikasi telah mengalami transformasi daripada kaedah berkata - kata dan berhadapan, kepada paparan screen, copy and paste, sikap tanggungjawab dan accountability semakin kurang.

Ibarat lontar batu sembunyi tangan, makin ramai yang menyalahgunakan kaedah komunikasi paparan screen untuk menyebarkan fitnah dan meluahkan perasaan di media masa.

14. Antara punca utama kepada masalah salah faham adalah seperti berikut : 

Niat yang buruk.
Terlalu bergantung kepada kaedah paparan screen. (Generasi touch screen).
Fitnah.
Tak ingat dosa dan neraka.
Tiada ilmu.
Tidak mendapat pendedahan cara menggunakan teknologi dengan cara yang betul.
Kurang didikan agama.
Kurang kasih sayang.

15. Untuk mengatasi masalah salah faham, kita perlu fahami perkara berikut. Teknologi tidak pernah salah. Yang salah adalah kita sebagai manusia yang tidak menggunakannya dengan cara yang betul.

Kita tidak mampu untuk menolak 100% teknologi moden, namun kita mampu yang menukarkannya kepada perkara yang bermanfaat.

Kita mesti jadi leader memimpin generasi baru ke arah penggunaan kaedah komunikasi dengan cara yang betul dan bermanfaat.

Sebagai contoh, daripada berkongsi yang tidak bermanfaat, lebih baik kita berkongi hal bermanfaat yang boleh memberi peluang kepada ramai orang. Kita dapat ilmu baru. Kita dapat pahala di akhirat.

Kita yang tentukan.

16. Kita adapt dengan teknologi baru. Kita gunakan ia untuk kebaikan.
17. Kita didak generasi baru dan ajar mereka cari benda yang baik.
18. Kita tak perlu tentang, tapi kita perlu menatang ibarat minyak yang penuh.

Ulang 3 kali.
Follow up 5000 kali.
Suruh ulang.
Follow up dengan surat atau email selepas telefon atau perbincangan.
Banyakkan kaedah bertulis.
Buat lakaran. A picture of a thousand words.
Terangkan secara specifik jika ia perkara kritikal. Ibarat ABC.
Buat demostrasi jika perlu. Lead by examples.

19. Kaedah komunikasi secara berhadapan, mata ke mata, hati ke hati, adalah yang terbaik. Tiada yang mampu menandinginya.

Saturday 25 November 2017

BENEVOLENT

adjective

well meaning and kindly.

"he was something of a benevolent despot"

synonyms: 
kind, kindly, kind-hearted, warm-hearted, tender-hearted, big-hearted, good-natured, good, gracious, tolerant, benign, compassionate, caring, sympathetic, considerate, thoughtful, well meaning, obliging, accommodating, helpful, decent, neighbourly, public-spirited, charitable, altruistic, humane, humanitarian, philanthropic; generous, magnanimous, munificent, unselfish, ungrudging, unstinting, open-handed, free-handed, free, liberal, lavish, bountiful, beneficent, indulgent; literarybounteous; rarebenignan

"they thought him a benevolent and conscientious guardian"

Art of War

1. Know your enemy, know yourself, and in 100 battles you will never be in peril. 
2. Avoid what us strong, attack what us weak.
3. To win 100 battels is not the height of skill, to subdue the enemy without fighting is.

4. Chapter 1(Laying plan)
Unity and harmony
Earth have 5 differences terrains (restrictions, freedom, danger, security, distances)

Leader have 5 criteria (wisdom, sincerity, courage, dicipline, benevolenve) 

Modify plan

5. Chapter 2 (Waging war)
Cost of war is very high
Leadership create good victory
Winning the war quickly and ensure the success.

6. Chapter 3 (attack by stratagem)
Complete destruction of the enemy should be avoided, as it not benefit anyone

Winning without destruction is excellence 

Unity is determine the strength of the army not the size
We should decide to sorround and attack

The once who win the war know when to fight or when to not.
Use tactics witout strategy lead to defeated

7. Chapter 4 (tactical dispositions)
Good fighters are well prepared 
Making no mistakes win the battles

The elements of winning the war
Measurements
Extimation of quanitity
Calculations
Balance of chances
Victory

Measurement are derived from the earth
Determine the quantity
By calculations
To decide the chances
And victory by the right of choices 

8. Chapter 5 (energy)
A small force controlled same as a larger forces, it is a matter of dicipline and coordination of orders

Direct and indirect order such as
Music
Color
Creativity and timing
Weakness and strength

9. Chapter 6 (strength and weakness)
Nothing remains constant in battles

10. Chapter 7 (maneuvering)
In order to win, we should stay united.
Enough with the danger of the enemy, what matters if the presence of the general’s mind

11. Chapter 8 (variation in tactics)
There are 5 major faults that effected the generals
A. Racklessness whicb lead to destruction
B. Cowardness that lead to capture
C. Quick temper which provoke by insaoult 
D. High sensitive of honor lead to the shame
E. Over concern of his man make him worried

The positive of army is subdue by one of the above

12. Chapter 9 (the army on the march)
There are 4 types of grounds
1. Mountains
2. Rivers
3. Salt marshes
4. Plains

Each of the types have advantages and disadvantages
Whicb is need to utilize properly
Observing the enemy, the element such as birds, animals, trees, we can figure out the strength of the enemy

The general control his army by 
FAITH
HUMANITY
Controlled by IRON DISCIPLINE

13. Chapter 10 (terrain)
There is 6 types of terrain
Accessible ground
Intengilibe ground, can not be occupied when it is abandoned 
Temperaising groung which us not suitable for both
Narrow passages which need to be occupied first
Persitative ground which is need to be occupied first or not at all
Great distance from the enemy

6 clamity which is general which is general responsible
FLIGHT
INSUBORDINATION 
RUINS
COLLAPSE
DISORGANIZATION 
ROUT

14. Chapter 11 (nine situations)
Dispersive ground
Facile
Contentious
Open
Intersecting highways
Serious
Difficult 
Hemmed in
Desprate 

15. Chapter 12 (attack by fire)
Five ways to attack by fire
BURNING THE CAMP
STORE
DROPING THE FIRE

attack when the time is right
By using water, the enemy can be intersepted by not their belonging

16. Chapter 13 (The use of spies)
Information of enemy is crucial

5 types of spies

LOCAL
INWARD
CONVERTED
DOOMED
SURVIVING SPIES








Wednesday 22 November 2017

Decision Making Part 3

Kita tulis panjang-panjang kekadang ada yang otak tepu susah nak faham. Ok, saya ringkaskan bersama contoh.

Contoh 1
Nak beli rumah atau nak duduk rumah sewa sampai ke akhir hayat?
1. Rumah ni keperluan. Beli la bro. Ini pun susah nak pilih ke? Hang makan semut ke hari - hari?!
2. Sewa rumah, setiap tahun nilai rumah akan naik. Duit bayar sewa akan hangus. 
3. Kalau beli rumah, walaupun kena tambah 100% dari nilai sewa, kita dapat banyak kebaikan lain dalam jangkamasa panjang.
Dapat untung nilai rumah naik.
Tak perlu bayar sewa.
Ada duit lebih, kita boleh ubah suai rumah. Takkan rumah sewa hang nak ubahsuai? Hang gila ke bro?
Rumah adalah aset. Boleh sewakan. Boleh jual harga lebih tinggi pada masa hadapan.
4. Keluarga kita semakin besar. Sampai bila kita nak duduk rumah orang.
5. Stress bro, bulan2 bayar sewa. Bagi duit yang kita susah payah cari kat orang lain.

Contoh 2
Nak kahwin atau nak bujang sampai ke tua?
1. Ni lagi satu soalan bangang. Hang makan semut sekilo sehari ke bro?
2. Kahwin la. Betul la hang frust dengan cewek cewok cantik hensem macam Artis Putera Puteri Raja negara pasir berdengong. Tapi hang pun kena teruskan hidup. Dia dah kahwin anak cucu malam2 syok tidur, takkan hang masih nak jadi tunggul sampai ke tua?
Tak payah buat banyak sangat syarat.
Nak tunggu habis belajar la
Nak tunggu grad la
Nak tunggu sampai bulan la, banyak la syarat ko.
3. Kahwin kan sunnah.
4. Kahwin boleh tambah rezeki.
5. Umur hang bukan makin muda. Bukan makin sihat. Bukan lagi lawa. Jadi jangan tunggu lama2 la bro!

Ok. Mudahkan buat keputusan.

Orang lain macam mana?

Ini lagi satu soalan. Ini untuk hidup hang ke untuk orang lain?
Dah dah la makan semut bro!

Decision Making (Membuat Keputusan) Part 2

  1. If you chase two rabits, both will escape.
  2. Where there is no decision there is no life.
  3. Stay conmitted to your decisions but stay flexible in your approach.
  4. Nothing is more difficult and therefore more precious than to be able to decide. (Napoleon Bonaparte)
  5. Unsuccessful people make decisions based on their current situation; successful people make decisions based on where they want to be.
  6. Never be afraid of change. You may lose something good. But you may gain something even better.
  7. It doesnt matter which side of the fence you get off on sometimes. What matters most is getting off. You cannot make progress without making decisions. (Jim Rohn).
  8. If decision making is a science, judgement is an art.
  9. Waitinf hurts, forgeting is hurts. But not knowing which decision to take can sometimes be the most painful. (Paula Coeltho)
  10. Before you make a final decision, really think about what you are doing and ask yourself what you want? Is it worth it?
  11. Knowing yourself is the begining of all wisdom. (Aristotle).
  12. Decision making elements. Alternatives. Uncertianty. High risk consequences. Interpersonal issues. Complexity.
  13. Dont let your emotions make your decisions.
  14. Never make a decision until you have to.
  15. Decisions is the hardest moves to make, especially whne its a choice between what you wanr and what is right.
  16. Decision is the ultimate power.
  17. I am not a products of my circumstances. I am a products of my decisions. (Stephen Covey)

Tuesday 21 November 2017

Decision Making (Membuat Keputusan)

  1. Membuat keputusan.


  2. Ia sukar dan ia mudah.
  3. Bagi mereka yang mahir dalam membuat keputusan.
  4. Setiap hari, kita membuat keputusan. Antara baik dan buruk. Antara hidup dan mati. Antara masa depan atau sebagainya. Kita kena buat keputusan dalam segenap segi kehidupan kita. Apa kita nak makan. Apa kita nak pilih. Apa kita nak buat seterusnya.
  5. Sama ada perkara besar mahupun perkara kecil, kita perlu buat keputusan.
  6. Setiap keputusan yang kita buat akan ada kesannya. Akan ada akibatnya. 
  7. Sama ada kesan baik mahupun kesan buruk.
  8. Sama ada kesan yang kita boleh jangka atau pun kesan di luar jangka atau di luar kawalan kita.
  9. Kekadang kita yakin dalam membuat keputusan.
  10. Kekadang kita ragu - ragu.
  11. Kekadang kita terpaku.
  12. Sama ada besar atau pun kecil kesannya, adakah kita telah membuat keputusan yang terbaik?
  13. Tidak dinafikan, tidak semua manusia mampu untuk membuat keputusan dengan baik. Kekadang mereka boleh tersalah langkah mahupun tersalah pilih.
  14. Itulah yang menjadikan kehidupan manusia penuh warna warni. Jika kita semua pintar dalam membuat keputusan, sudah pasti kita tidak akan belajar apa - apa tanpa melakukan kesilapan.
  15. Sebagai seorang jurutera, pengurus, setiap hari yang membuat keputusan. Dari perkara kecil hinggalah perkara yang paling besar melibatkan nyawa manusia. Daripada perkara bernilai satu sen hinggalah perkara bernilai jutaan ringgit.
  16. Minat saya yang mendalam dalam bidang pengurusan membuatkan saya sentiasa mengkaji setiap keputusan oleh orang atasan saya. Kenapa dan mengapa sentiasa ada jawapannya.
  17. Sebagai seorang jurutera, apabila kita membuat keputusan, kita mesti ada justifikasi. Kita mesti ada basis. Kita mesti ada pengiraan. Kita mesti ada teori. Yang jelas. Yang boleh dikira. Yang boleh dibuktikan.
  18. Soalnya, kenapa kita sukar untuk membuat keputusan? Berikut adalah beberapa faktor utama kenapa kita sukar untuk membuat keputusan :-
    • Takut ambil risiko. Namun jangan ambil terlebih risiko melepasi sempadan!
    • Tidak tahu kesan yang lebih besar bakal berlaku jika tidak membuat keputusan atau lambat membuat keputusan. Masa itu emas.
    • Keliru dengan priority - keutamaan. Tidak boleh membezakan mana yang lebih penting.
    • Jiwa kacau. Tidak tenang dan penuh dosa. Benda yang kita nak putuskan itu adalah dosa. Gerak hati kita menentang. Syaitan dan Malaikat kita tengah dalam medan perang.
    • Banyak unsur luar.
    • Tiada pengalaman.
    • Ego. Sombong. Bodoh sombong. Telengong (gabungan tolol dan bengong/bangang). Jeng. Keras keng. Sukar terima pendapat orang lain.
    • Pentingkan diri sendiri. 
    • Tidak amanah. Ada kepentingan. 
  19. Berikut adalah tip - tip untuk membuat keputusan dengan yakin dan teguh :-
    • Tentukan priority - keutamaan. Mana yang baik dan buruk. Mana syurga neraka. Mana pahala dosa.
    • Cari pendapat kedua daripada mereka yang arif, berhikmah dan pintar. Ulamak, orang alim dan orang yang matang. Mentor serta maha guru. Pendapat kedua penting bila mana kita berada dalam emosi tidak tenteram - jiwa kacau. Orang tua makan garam lebih awal dari kita. Mereka mampu bagi nasihat terbaik untuk kita. Mereka sudah pasti pernah buat keputusan yang salah dan tidak mahu perkara yang sama berulang kepada kita.
    • Jauhi dosa. Bersihkan hati. Suci dan murnikan jiwa raga. Insya Allah, ada jalanNya. Hati kotor adalah punca segala masalah.
    • Pilihan itu yang terbaik dalam segala pilihan yang ada.
    • Ingat prinsip adil. Ingat dosa dan pahala.
    • Setiap keputusan yang kita buat, sama ada baik mahupun buruk akibatnya, kita akan bertanggungjawab. Accountability. Jangan salahkan orang lain.
    • Ingatlah, setiap keputusan yang kita ambil bakal memberi kesan kepada kita, anak-anak kita, keluarga kita, agama kita, negara kita mahupun dunia akhirat.
    • Pohon hidayah dan taufek daripada Allah dalam membuat keputusan yang baik. Pohonlah dipermudahkan segala urusan. Pohonlah ditunjukkan Allah jalan yang lurus.
    • Buat analisa. Jika baik lebih banyak 50.000001% dibandingkan dengan buruk, maka pilihlah yang baik. 
    • Jaga solat. Solat latih diri kita berfikiran tajam. Solat istiqarah pinta petunjuk dari Allah.
    • Ingatlah hak kita dan hak orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. 
    • Jangan ego dan sombong. Buang ego kita dalam mencari keputusan terbaik.
    • Sertai Toastmasters. Impromptu speaking mengajar kita membuat keputusan dengan pantas. PREP. Point. Reason. Evidence. Point.
    • Ada ketikanya, kita tidak tahu apa akan berlaku. Just do it. Berserah kepada Allah atas segalanya. 
  20. Ingatlah, 
    • Kita buat keputusan, ada kesannya.
    • Kita lambat buat keputusan, ada kesannya.
    • Kita tak buat keputusan pun ada kesannya.
  21. Namun, sebagai seorang ketua, kita perlu buat keputusan! Yang jelas. Yang yakin. Yang takkan berubah - ubah seperti lalang. Semoga Allah tunjukki kita jalan yang lurus.

Sunday 19 November 2017

Follow Up 5000 X

Saya banyak belajar daripada Tuan Tahang Muhammad Tang semasa bersama beliau di Morisem Palm Oil Mill ‘B’. Terutama dalam bidang menguruskan pekerja.

Suatu ketika, kami dalam perjalanan pulang dari Effluent Treatment Plant ke Pejabat. Sambil mendaki bukit jalan yang cerun, dia bertanya kepada saya, 

“Berapa kali perlu follow up setiap kerja yang kita atur kepada pekerja?”

Dalam keadaan tercungap - cungap dan masih menarik nafas, saya menjawab,

“Sepuluh kali”.

Beliau diam seketika. Kemudian membalas,

“Tidak!. Follow up sehingga siap!”

Saya terus mengikori beliau dari belakang sambil terus berfikir tentang jawapan beliau itu.

Saban hari masa berlalu. Tahun demi tahun menguruskan dari satu kilang ke satu kilang. Menguruskan beratus manusia yang saban hari berlainan karekter dan perangai.

Rambut sama hitam, hati belum tentu sama warna.
Dari yang muda hingga kepada yang berusia.
Dari tempatan hingga ke luar negara.
Dari yang ber IC hingga kepada yang tanpa dokumen!

Tuan Puan yang saya kasihi,

Dalam Islam, kita perlu mendidik (follow up) anak untuk solat dari umur 7 tahun hingga 10 tahun.
Jumlahnya adalah

5 waktu solat x 356 hari x 3 tahun = 5340 kali!

Itu untuk seorang kanak - kanak. Sudah pasti, menguruskan manusia yang lebih berumur itu kekadang lebih mudah dari kanak - kanak mahupun kekadang lebih sukar dari kanak - kanak!

Melalui pengalaman saya sendiri, saya telah buat satu formula mudah. Jadikan ia tiga peringkat.

LEVEL 1
LEVEL 2
LEVEL 3

Setiap level mempunyai cara yang agak berbeza. Sebagai contoh.

Task ;
Suruh pekerja pakai PPE di tempat kerja

LEVEL 1
Saya akan bagi latihan berkenaan PPE. Saya akan sampaikan segala 1001 ilmu berkaitan kenapa penting perlunya pakai PPE.
Letak signage.
Letak amaran di tempat kerja.
Sehingga semua faham perlu guna PPE, kesan jika tak guna PPE dan tindakan yang saya akan ambil jika mereka tidak menggunakan PPE. Saya akan tegur dan marah jika ada yang belum guna.
Jumlah follow up = 30 kali.

LEVEL 2
Daripada verbal method, saya akan tukar kepada peringkat 2 iaitu surat. Email. 
Saya akan keluarkan surat amaran.
Surat amaran 1,2 dan 3.

LEVEL 3
Saya akan ambil tindakan terakhir iaitu penamatan perkhidmatan kepada pekerja yang masih degil!

Daripada pengalaman, saya dapati 90% staff saya cuma perlu LEVEL 1.

5% perlu kepada LEVEL 2.
5% terakhir perlu kepada LEVEL 3!

Namun begitu, kita perlu giatkan usaha kepada kaedah verbal. Komunikasi dari hati ke hati. Kena ada chemistry. Kena face to face. Kena ada eye contact. 

Setiap manusia mempunyai green key yang berbeza. Sebagai seorang ketua yang pintar, kita tidak wajar menggunakan satu kaedah kepada semua manusia. Setiap manusia perlu difahami dan kaedah yang bersesuian perlu digunakan.
 
Ada yang perlu guna kaedah lembut sudah cukup.
Ada yang perlu guna kata - kata penuh hikmah, sudah cukup.
Ada yang perlu kepada kata - kata berunsur sindiran.
Ada yang perlu diingatkan berkali - kali.
Ada yang perlu guna suara kasar.
Ada yang perlu “dirotan”!

Ada yang perlu diingatkan anak bini di rumah.
Ada yang perlu diingatkan asal usul. 
Dan sebagainya.

Ia perlukan kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentukan cara mana yang paling efektif dan paling efficient untuk setiap individu!

Akhir kalam,

FOLLOW UP LAH SAMPAI KERJA SIAP!


Thursday 16 November 2017

Al Kisah Baju Lengan Panjang

ringkas. baju t-shirt tanpa kolar.

Tak sempat nak fikir pasal sikat rambut, sebab banyak lagi hal lagi penting nak fikirkan.

  1. Pada 17hb. March 2004, pada hari pertama saya bekerja di Morisem Palm Oil Mill 'B', saya pergi kerja dengan mengenakan baju berlengan panjang dan berseluar slack.
  2. Apabila sampai ke kilang, semua mata memandang saya dengan penuh kehairanan. Saat itu baru saya sedar, hanya saya seorang yang hadir kerja mengenakan baju lengan panjang dan juga seluar slack.
  3. Sejak hari itu, saya tidak pernah lagi memakai baju lengan panjang sepanjang berada di kilang sawit lebih 10 tahun. Kecuali jika ada program di luar seperti temuduga peperiksaan ataupun seminar di luar kawasan ladang.
  4. Pakaian kerja saya berubah dari seluar slack kepada seluar khakis. Keadaan persekitaran kilang sawit menyebabkan seluar slack tidak sesuai digunakan. Sepanjang hari berada di luar, berpeluh dan juga panas.

    seluar khakis.
  5. Seluar khakis saya kemudia berubah dari tiada poket ke berpoket tepi. Banyak barang boleh isi. Tape. Torch light. Beg duit. Handphone. Kunci.
  6. Selang beberapa tahun, saya dapati kesan mecanical erosion kepada kain seluar khakis saya amat cepat. Beberapa bahagian cepat koyak seperti punggung dan juga lutut. 
  7. Akhirnya saya memutuskan untuk menukar kepada seluar jeans. Saya mula membeli jeans pertama dan akhirnya bertambah. Saya akan membeli jeans size dan warna yang sama 3 atau 4 helai. Sejak itu, seluar saya jarang koyak! 
  8. Seluar lama saya akan musnahkan jadi kain buruk. Selain sebab seluar sudah lusuh dan koyak, saiz seluar juga tidak sesuai lagi dengan badan saya. Perut makin buncit dan menyebabkan saya tidak selesa. Jadi saya mengambil keputusan untuk memusnahkan seluar yang telah lusuh.
  9. Sama seperti baju saya. Pada mulanya saya memakai baju kemeja lengan pendek. Namun disebabkan kekurangan pilihan yang saya sukai, saya jarang menambah koleksi baju kemeja lengan pendek.
  10. Akhirnya, saya mula membeli baju T-shirt berkolar. Lebih lagi di kilang sawit, kami setiap tahun mendapat baju T - shirt berkolar sehelai atau dua helai setiap tahun. Selama lebih 10 tahun, saya mengumpulkan lebih 20 helai baju 'berjenama' syarikat.
  11. Saya akhirnya menjadi fobia dengan semua baju "berjenama" tersebut. Lebih lagi bila mana saya telah bertukar syarikat, mengenakan baju lama agak kekok. Baju - baju ini belum dicampur dengan baju "berjenama" lain seperti baju kelab atau persatuan.
  12. Banyak baju yang saya tidak pakai dan disimpan di dalam almari. Ada ketika, saya akan hadiahkan baju tersebut kepada pekerja saya.
  13. Saya cuma memakai 3 atau 4 baju yang saya suka. Antara ciri utama adalah jenis kain cotton yang mampu menyerap peluh. Saya amat tidak suka mengenakan baju jenis jersi kerana tidak boleh menyerap peluh.
  14. Sejak kebelakangan ini, saya telah menukar lagi jenis baju saya. Saya ambil keputusan untuk mengenakan baju T - shirt tanpa kolar dan jaket. Berseluar jean. Ya, inilah pakaian yang saya akan guna selagi saya bekerja di kilang!
  15. Baju t-shirt tanpa kolar. Jaket. Seluar jeans. Berkasut safety low cut jenama King. Berambut pendek potongan tanpa no dan tidak bersikat sejak 1999.
  16. Mark Zurkerberg sedikit sebanyak memberikan saya idea untuk memilih jenis baju. Saya akan cuba mencari satu jenis t-shirt tanpa kolar, sama warna dan akan gunakannya setiap hari. Beli 10 atau 20 helai. Namun, sekarang masih belum jumpa.
  17. Transformasi pakaian kerja sejak 2004 hingga 2017.
  18. Ia amat sesuai dengan jiwa dan raga saya.
Tuan Puan yang kasihi. Saya amat bersyukur kerana tidak perlu hadir kerja memakai tie dan juga baju lengan panjang. Jika itulah yang saya kena pakai hari - hari, ia pasti akan menyebabkan jiwa saya tertekan.

Itulah pakai yang saya guna sejak berkerjaya sebagai seorang jurutera kilang sawit dan kita sebagai seorang jurutera kilang penapis minyak sawit.

Jika ada mempunyai selera baju yang sama, maka anda layak untuk menjadi jurutera kilang seperti saya. Jika tidak, selamat tinggal kawan!

Friday 10 November 2017

Al Kisah Rak Buku

1. Semasa berumur 15 tahun, di awal tahun untuk menghadapi peperiksaan PMR, saya tidak mempunyai meja untuk mengulangkaji pelajaran.
2. Saya juga tidak mempunyai rak buku untuk menyimpan buku yang semakin bertambah. Buku itu ilmu. Ia mesti dihormati dan mesti disimpan di tempat yang baik.
3. Asalnya niat nak beli, namun kesian bila melihat ibubapa yang perlu guna duit untuk perkara lain yang lebih penting. 
4. Akhirnya saya memutuskan untuk membuatnya sendiri.
5. Hari - hari seterusnya menyaksikan saya memulakan projek. Idea tercetus kerana melihat abang sulung saya yang membuat sendiri meja di biliknya. Ia sebuah inspirasi kepada saya.
6. Saya minta duit daripada ibu saya untuk membeli tukul, gergaji, paku dan alat pengukur.
7. Saya kumpul semua kayu terpakai dari kampung lama dan juga sekeliling rumah.
8. Saya lakar rekabentuk.
9. Saya bertukang siang dan malam.
10. Akhirnya sebuah meja terhasil.
11. Rak pertama terhasil.
12. Beranda tepi rumah pertama terhasil.
13. Tapak kedai sebelah rumah terhasil.
14. Sebuah stor terhasil. Saya bina bilik sendiri di rumah. Saya juga pernah bekerja sebagai buruh kasar semasa pembinaan taman perumahan di hadapan rumah.
15. Sampai satu peringkat, saya juga ditempah oleh abang kakak sanak saudara untuk membaiki itu dan ini.
16. Itu asal ceritanya sebab dan punca saya sangat suka membuat meja di mana - mana kilang sawit yang saya jaga. Sudah pasti akan ada sebuah meja tempat rehat di kilang.
 http://zul1979.blogspot.my/2011/12/projek-meja-di-ladang.html
17. Bukan sekadar itu sahaja. Koleksi alat - alat bertukang saya bertambah saban hari.
18. Tuan puan yang saya kasihi. Berkat semua perkara di atas, saya juga menjadi seorang jurutera hari ini adalah disebabkan semua perkara di atas.
19. Bertukang menjadi minat saya yang paling besar dalam hidup!
20. Saya tidak pernah mengeluh tiada meja di rumah.
Saya tidak pernah mengeluh tiada rak buku di rumah.
Tidak. Saya tidak pernah mengeluh kerana kesiankan orang tua saya.
21. Apa yang saya buat adalah, cari jalan untuk dapatkannya dengan cara yang paling mengurangkan beban kedua orang tua saya.
22. Hikmahnya hari ini saya menjadi jurutera dan sangat minat bertukang.

Akhir kalam, sentiasa positif. Cari jalan. Allah itu benar. Yakin dan bersabarlah. 

Ya, cari 1001 jalan bukan 1001 alasan!

Monday 6 November 2017

MATANG @ MATURITY


  1. Apa maksud matang? mature?
  2. Matang adalah bila mana kita belajar dari apa yang berlaku dalam hidup kita untuk bekalan hari mendatang.
  3. Bila mana kita faham hikmah yang Allah nak tunjuk kat kita.
  4. Bila mana kita rasa bahagia, bila memahaminya.
  5. Bila mana kita berlapang dada dengan apa yang berlaku.
  6. Bila mana kita boleh maafkan orang.
  7. Bila mana perasaan kita lebih penting untuk dijaga berbanding seluruh isi dunia.
  8. Jika kita masih kusut masai dendam kesumat dan tidak bahagia, maka kita masih belum matang.
  9. A peace of mind.
  10. Manusia diciptakan Allah penuh keunikan. Perbezaan. Disebab itu, Allah ciptakan kita ada yang matang lebih awal seusia waktu, ada yang lambat matang hingga hujung usia.
  11. Salah satu cara nak lebih cepat matang adalah ikut ajaran agama. Fahami didikan agama. Banyakkan input Al Quran dan Hadis.
  12. Dalam Al Quran, Allah bawakan banyak cerita untuk kita jadikan pengajaran. Sebagai bekalan kita.
  13. Jika kita ada banyak input, kita akan cepat matang.
  14. Jika input kita kurang, kita akan lambat matang. Kita akan belajar dari usia dan kesilapan diri sendiri.
  15. Jika usia dijadikan harga, ia amatlah tinggi nilai dan bunganya. Mengalahkan bunga riba.
  16. Kadang - kadang, dibayar dengan harga duit, nyawa mahupun maruah diri. 
  17. Untuk elak kita membayar harga yang tinggi kepada tujuan mematangkan diri, kita hendaklah menggunakan segala panca indera kita. 
  18. Hati. Akal. Iman. yang lebih utama.
  19. Semua pendedahan yang kita terima, kita belajar.
  20. Belajar dari pengalaman orang lain.
  21. Banyakkan membaca, insha Allah, banyak yang kita belajar.
  22. Sentiasa cari mentor atau guru, insha Allah, mereka tunjukkan kita jalan.
  23. Sentiasa berdoa, moga Allah kurniakan kita hidayah dan taufek untuk menuju jalan yang lurus.
  24. Saya minat membeli rumah. Dua kali saya hilang duit deposit kerana buat sila tidak periksa harga pasaran dan kemampuan untuk pinjaman di bank. Saya belajar dan matang dari kisah tersebut. Hari ini, saya cukup mahir bab beli rumah.
  25. Saya ni jenis outspoken. Masa tu usia masih muda dan belum matang. Dalam mesyuarat dan seminar, saya akan bangun bersuara. Namun kini, saya bukan lagi begitu. Saya lebih berhemah dan lebih pintar jika nak sampaikan sesuatu. Kepada pihak tertentu. Yang penting, bukan caranya, tapi yang maha penting adalah matlamatnya dicapai.
  26. Dulu masa muda, kita suka cari gaduh. Dengan adik beradik. Dengan rakan tualan. Dengan musuh. Hari ini, kita sedar dan sudah matang. Disebabkan kita sayangkan masa dan usia kita yang ada, kita tak lagi cari gaduh. Kita tak lagi buang masa dengan bergaduh. Dari bergaduh, baik kita berkasih - sayang. Lagi banyak manfaat yang kita jumpa dan rasai.
Tuan Puan yang saya hormati,
Bersyukurlah kepada Allah, jika kita sudah matang. Allah nak kita bahagia cepat, sebab itulah kita jadi matang sekarang. Selagi mana kita tak matang, selagi itulah kita lambat jumpa bahagia.

Selamat meneruskan perjalanan dan pengembaraan Tuan Puan. Jalan menuju bahagia.

Sunday 5 November 2017

Al Kisah Pokok Pisang

Sejak berumur 16 tahun, saya telah berhijrah keluar dari Kelantan. Antara negeri yang saya tinggal adalah Pulau Pinang. Saya amat menyanjungi Pulau Pinang atas beberapa perkara. Antaranya adalah penggunaan tanah secara sangat efektif oleh penduduk majoriti bangsa Cina. Setiap inci tanah tiada yang terbiar. Semuanya ditanam sayuran serta pelbagai tumbuhan bernilai komersial. Walaupun tanah hanya sejengkal, ia diusahakan dengan penuh gigih dan penuh hasil.

Apabila saya balik ke kampung, hati cukup terguris. Melihat tanah terbiar keliling rumah mahupun di kebun.

Dipendekkan cerita (banyak betullah pendek), setiap kali saya pulang bercuti semester atau cuti dua tiga hari, saya pasti akan menanam pokok di keliling rumah!

Antara pokok yang saya suka tanam adalah pokok pisang Nipah/Sabah. Kemudian pokok kelapa, rambutan, serai, atau apa jua benih yang ada semasa waktu tersebut. Saya pantang melihat tanah terbiar. Akan saya pacak sebatang pokok sebagai legasi.

Selang beberapa waktu, setiap kali saya pulang, ibu yang saya kasihi akan sentiasa menyimpan pisang Nipah untuk saya. Setiap pokok akan disebut, sudah berapa kali berbuah. Saya amat terharu dengan kasih si ibu saya.

Tuan Puan yang saya kasihi, saya bukanlah peminat pisang, tapi saya minat bercucuk tanam. Apa sahaja saya akan tanam untuk maksimunkan penggunaan tanah rahmat Tuhan.

Walaupun berhijrah, saya telah meninggalkan legasi di semua tempat atau kilang sawit yang saya urus. Bukan sekadar pokok pisang!









Al Kisah aku seorang blogger


Antara kesempitan dan kemewahan. Sempit membuka 1001 ruang dan peluang. Mewah menutup ruang dan mematikan akal daripada berusaha keras. Mewah juga memusnahkan 1001 kerajaan manusia sejak berzaman.

Saya memulakan kerjaya di alam sawit sejak March 2004 setelah tamat belajar 2003. Apabila menjejak kaki pertama kali di bumi Borneo, di pendalaman Sukau, Kinabatangan, perjalanan melalui jalan Jeroco yang mengambil masa 3 jam, saya sampai ke Morisem Palm Oil 'B'. 

Dipendekkan cerita, tempat tersebut tidak ada akses internet. Dari tahun 2004 hinggalah 2009, saya tidak ada akses internet. Saya tiada akaun Facebook. Namun, dalam masa 5 tahun tersebutlah, pelbagai perkara saya capai dalam bidang kerjaya saya kini. Fokus kepada kerjaya. 101% fokus.

Saya mula menyewa rumah di Miri, kerana anak perlu dihantar ke PASTI. Apabila sewa rumah pertama, saya terus memasang internet. Pertama kali dapat akses internet setelah 5 tahun bertapa. Perkara pertama saya lakukan adalah, 

1. Buka akaun blog.
2. Buka akuan Facebook.

Dari akaun Facebook, saya mula berhubung dengan ramai kenalan setelah 5 tahun terpisah dari dunia luar. Antara rakan pertama saya jumpa adalah Cikgu Sabarudin Mohd Noor. Facebook banyak membantu saya jumpa semula rakan universiti.

ok. Blogger. Apabila membuat post pertama, saya begitu teruja. Apabila searching di google, ia boleh dijumpai! Begitu hebat teknologi maklumat! 

Kenapa saya jadi blogger?

Saya memilih untuk menjadi blogger atas beberapa sebab. Antaranya adalah :-
1. Mempromosi industri sawit kepada dunia.
2. Mempromosi bidang kejuruteraan terutama jurutera stim kepada dunia.
3. Menggalak lebih ramai graduan menyertai industri sawit.
4. Persediaan kepada saya untuk menjadi penulis. Saya masih menyimpan impian untuk menulis sebuah buku. Suatu hari nanti, saya akan bukukan segala post saya.
5. Sebagai sumber maklumat berguna.
6. Medium kepada saya untuk menyimpan maklumat sebagai rujukan.
7. Sebagai alternatif kepada sumber maklumat baik dalam menangkis segala maklumat buruk.

Sejak 2009 hingga kini, blog itu menjadi lebih banyak dan berkembang. Ia menjadi sebahagian diri saya. Ibarat sebuah diari. Apabila saya nak ambil peperiksaan jurutera stim, saya akan post berkenaan hal tersebut. Apabila saya ambil MBA, saya akan post nota yang berkaitan. Apabila saya membaca sesuatu yang menarik, saya post. 

Hingga kini, blog tersebut sudah mencapai 800,000+ view. Terima kasih atas lawatan.

Namun, sejak 2015, disebabkan komitmen kerja, saya jarang kemaskini blog.

Ok Tuan Puan, 
Moral yang saya nak sampaikan adalah satu. Disebabkan saya tidak mendapat akses internet selama 5 tahun, apabila mendapatnya, saya terus menggunakkannya sebaik mungkin. Sebagai menghargai dan mensyukuri nikmat yang kita ada. Kita guna sebaiknya. Ia sebuah nikmat yang tak terduga.

Tanya diri dan hati, adalah kita telah menggunakan segala nikmat itu sebaiknya, atau sebaliknya?