Monday 18 July 2016

Jurutera Stim ; ke mana halatuju?

Soalan

assalamualaikum tuan, saya ada terbaca dalam blog ni mengenai pengambilan exam steam engineer gred 2 & 1 dgn diploma palm oil tech & management by MPOB. persoalan saya. saya skg baru bekerja sebagai jurutera mekanikal kilang refinery. tp saya masih tercari2 apa step seterusnye seperti sijil2 yg boleh saya ambil dan sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang refinery ini. bnyk yg saya baca hanya untuk kilang sawit.

Jawapan
Jurutera Mekanikal kilang penapis sawit. Cadangan saya :-

1. Ambil peperiksaan jurutera stim gred 2 dan 1
2. Ambil peperiksaan jurutera enjin pembakaran dalam gred 2 dan 1
3. Jadi jurutera professional
4. Ambil MBA
5. Ambil kursus pengurusan seperti QMS9001 - lead auditor atau internal quality audit

6. Belajar ilmu perniagaan dan target buka syarikat sendiri. Jadi usahawan.

......

Sunday 17 July 2016

Lebuhraya Kerjaya dan Sesuap Nasi Part 3

Jika saya ditanya, apakah yang saya akan pilih?

Saya sudah letak impian untuk jadi gembala kambing. Memang saya nak jadi usahawan. Walaupun saya jadi jurutera stim, saya masih simpan niat ini sampai ke saat ini. Sekarang dalam fasa simpan modal dan cari peluang yang ada.

Saya telah membina reputasi, kelayakkan dan pengalaman pengurusan dalam tempoh 12 tahun yang lepas. Semata - mata untuk mengejar impian saya jadi usahawan.

Saya amat kagum dengan golongan professional di Australia dan Amerika di mana jurutera atau pensyarah pada waktu yang sama ada kerjaya namun ada juga usahakan projek pertanian berskala besar.
Ya. Inilah impian saya!

Kita kena keluar dari kepompong makan gaji. Jadi usahawan!

Jika kita benar - benar sukakan cabaran. Keluar dari zon selesa!

Lebuhraya Kerjaya dan Sesuap Nasi Part 2

Ada dua pilihan jurutera stim boleh buat :
1. Kekal dalam industri (termasuk pindah randah)
2. Jadi usahawan sama ada bina perniagaan dan bekerja atau terjun ke alam perniagaan sepenuh masa.

2 pilihan itu bergantung kepada soalan ini.
Apa matlamat dan apa yang anda mahu dalam hidup anda? Ia penentu segalanya.

Dalam membina kerja sebagai jurutera stim, ada beberapa fasa.

Fasa 1
Tempoh belajar dan mencari pengalaman. Dapatkan segala sijil dan kelayakan yang perlu. Bina reputasi dan hubungan dengan pelbagai pihak.

Fasa 2
Demanding Period
Kita dah ada pengalaman. Ada sijil. Ada reputasi. Masa untuk demand. Saya syorkan untuk tempoh ini belajar pengurusan dan bidang perniagaan. Ambil MBA atau fokus kepada pengurusan. Waktu ini selalunya digunakan oleh jurutera stim untuk pindah syarikat atau pindah industri. Demi jawatan atau demi gaji.

Fasa 3
Cari cabaran baru
Naluri manusia ia akan sentiasa cari cabaran. Takkan puas dengan satu perkara. Walapun gaji dan pangkat sudah cukup, individu terpilih akan cuba cari kelainan. Cari cabaran baru.

Ada yang akan pilih keusahawanan. Namun cabaran ini sangat besar. Sebab itu tidak semua yang akan pilih. Hanya yang terpilih.

Dalam fasa 1 dan 2, jurutera stim akan bina kerjaya, reputasi dan kelayakan. Ada yang akan mendaki tangga pengurusan. Dengan kelayakan, pengalaman dan pengalaman pengurusan yang ada, jurutera stim perlu tambah satu lagi skil untuk membolehkan mereka berjaya dalam bidang keusahawan. Iaitu minda perniagaan dan keusahawan.

Ada kelayakan - jadi jurutera stim
Ada pengalaman + kelayakan - jadi pengurus
Ada pengalaman + kelayakan + minda usahawan - jadi usahawan berjaya.

Lebuhraya Kerjaya dan Sesuap Nasi Part 1

Saya berumur 37 tahun. Seperti manusia lain di muka bumi, saya berjuang untuk sesuap nasi. Untuk diri dan anak bini. Mencari rezeki yang halal dan menjadi khalifah di muka bumi serta hamba Allah sebaik mungkin.

Tidak ada sesiapa pernah bagi panduan kepada saya apa yang bakal saya tempuh semasa remaja, dewasa dan kini. Kebanyakkan pilihan yang dibuat berdasarkan penilaian saya waktu itu.

Pemikiran kita bergantung kepada umur, pengalaman dan persekitaran yang kita hadapi saat itu. Ia bakal mengubah pendirian dan keputusan yang kita telah, sedang dan bakal pilih.

Umur 0 hingga 24 tahun - tempoh belajar
Umur 25 - 34 tahun - membina kerjaya dan reputasi
Umur 35 tahun - 44 tahun -
Umur 45 tahun - 54 tahun -
Umur 55 tahun - 64 tahun -
Umur 65 tahun - 74 tahun -

Saya masih tidak isi umur seterusnya kerana saya belum melepasi umur terbabit. Walaupun saya mempunyai rancangan untuk tempoh berkenaan.

Secara ringkasnya, zaman berubah dan kita kena ikut perubahan zaman tersebut. Apa yang saya buat tidak semestinya releven untuk zaman akan datang dan juga orang lain.

Tahun 60 an hingga 80 an - pasca merdeka, kerjaya banyak berkisar kepada kerja kerajaan.
Tahun 80 an hingga 90 an lebih kepada kerja di syarikat swasta.
Tahun 90 an hingga 2000 lebih kepada keusahawanan
Tahun 2000 hingga kini - keusahawan tetapi melebar ke luar negara.

Bergantung kepada ekonomi negara, ia banyak menentukan kerjaya yang bakal kita pilih.

******
Perjalanan kerjaya jurutera stim dan jenis industri

Jurutera stim terlibat di industri sawit, janakuasa, petroleum. Soalnya, manakah yang terbaik?

Tinggal di satu bidang hingga bersara atau pindah randah?

Ia sebenarnya tidak ada jawapan yang tetap. Terpulang pada individu masing - masing. Soalan yang patut ditanya adalah, apa matlamat anda? Apa yang anda mahu?
Kenapa anda buat pilihan itu?
Adakah pilihan itu menjurus kepada matlamat anda atau sekadar ikut - ikutan orang lain?