Tuesday 20 November 2012

Kajian kesan tinja kambing kepada pokok sawit berpenyakit Ganoderma

Sejak menjerumuskan diri dalam industri ruminan, pelbagai soalan dan ilmu baru memasuki kotak minda dan otak yang berpusing ligat. Adakah ia petunjuk jelas bahawa satu masa nanti insan bernama Awang ini akan menjadi Awang Kambing! hah

..**
Ini pokok sawit kawan. Pokok sawit yang menjadi komoditi, sumber nafkah beratus ribu insan di dunia, sumber cukai negara yang berjumlah berbillion ringgit dan sumber pengerak ekonomi negara!

Ini pokok sawit yang dianggarkan berumur kurang 10 tahun yang sudah mengeluarkan hasil dalam anggaran 15 hingga 28 mt/hr/yr bergantung pada prestasi syarikat serta pengurusan.
 Seperti jua hidupan yang diciptakan Allah, pokok sawit juga ada penyakitnya. Ganoderma. Ya kawan! Kopi ganoderma adalah keluarga yang sama dengan goderma pokok sawit. Namun, ia ganoderma yang amat disukai oleh pengemar kopi yang termakan pujuk rayu iklan-sumber duit media negara.

Ini contoh kulat ganoderma. Namun kawan, di ladang sawit, ia amat dibenci malah menjadi musuh utama pokok sawit!

 Ini pula cara kulat ganoderma merebak melalui akar.

Ini pula kesan pada pokok tua.
 Kesan pada pokok muda!
 dan akhirnya pokok-pokok sawit ini akan mati. Sebelum mati, ia juga akan menyebabkan pokok lain kiri kanan depan belakang serta jiran - jirannya turut berjangkit!

Dari sudut ekonomi dan jangka masa panjang, bila pokok sudah kena penyakit ala-ala kanser pada manusia, pokok ini tidak akan berbuah.

Tidak aka mengeluarkan hasil serta kan merugikan peladang, negara serta kerajaan tidak boleh lagi mengutip cukai yang tinggi sperti sekarang.

..**
Kisah kambing. Ini pula kambing kawan! (Insan gambar alwigoatfarm). Gambar kambing - kambing baru keluar waktu pagi untuk meragut dalam ladang sawit. Ya kawan, waktu pagi. Pukul 9 pagi kawan! 
 Ini pula kambing yang simpan dalam kandang pukul 9 pagi. Tapi dibagi makan daun kelapa sawit.
Satu kumpulan dibiar bebas meragut ikut-suka-hati mau makan apa. Satu kumpulan dikurung-paksa-makan daun sawit.

Mana yang lebih gembira-bahagia kawan? sendiri mau jawablah!
Ini pula tinja aka tahi kambing kawan.

Awang mahu menjadi pengkaji aka saintis kawan! Dia mahu kaji apakah terdapat kesan positif tinja kambing kepada pokok sawit. Secara spesifik adalah kesan tinja kambing kepada pokok sawit berpenyakit ganoderma.

Senang saja ujikajinya. 
1. Cari pokok sawit yang sudah teruk-mau-mati-esok-lusa disebabkan penyakit ganoderma.
2. Simpan tinja kambing mengikut-sukatan-suka-hati
3. Perhatikan pokok sawit tersebut setiap hari. Ambil gambar. Kaji gambar tersebut. Apakah ada perubahan?

Jangan risau kawau. Pokok sawit itu tidak akan mati disebabkan terlebih tinja kambing. Kerana tinjanya tidak lain hanya pokok - pokok serta pucuk rumput rumbuhan-hidup-liar dalam ladang sawit.

Dari tanah kepada tanah. Rawatan terbaik kepada tanah menggunakan tanah.

Secara ilmiahnya, ia belum pernah dikaji oleh sesiapa. Namun, Awang cukup optimis, ia akan membuahkan hasil. Ayuh kawan - kawan di luar sana. Kaji dan kaji. Tidak rugi kita mengikut sunnah para ilmuan serta sarjana duluan yang telah menjadi pelopor kepada ibu segala ilmu.

Bukan gelaran dikejar, tapi mencari kebenaran.

Laksana kata alwigoatfarm, berlian kebenaran itu di bawah timbunan batu kepalsuan.

Jika kajian ini berjaya, ia akan memberikan impak yang besar kepada industri sawit dan juga industri ruminan negara.

Ia akan membuka pintu kepada syrkt besar negara untuk mewujudkan integrasi sawit dan kambing secara skala besar.

Jika burung hantu boleh diperlihara untuk membasmi tikus yang memakan buah sawit, kenapa tidak dipelihara kambing yang boleh :-

1. Mengurangkan kos racun rumpai
2. Kos pekerja spray racun rumpai
3. Kos baja kerana menggunakan baja tinja kambing
4. Mejana keuntungan kerana kambing memberikan pulangan yang lumayan.

Ya kawan, kenapa tidak?

Ayuh kita usahakan. Jika tiada yang berminat, saya sanggup!

Salam.


1 comment:

  1. Salam Awang Kambing
    saya bukan peladang dan bukan penternak kambing
    sy tanam sayur dalam longkang tepi rumah guna tahi kambing. sy dapati, hasil memuaskan dan berbeza berbanding baja lain.
    sy pernah baca dalam website, baja tahi kambing melibatgandakan hasil sawit dalam tempoh yang lama

    tidak salah untuk terus mencuba lagi dan lagi. lagipun tuan tidak kacau orang..kacau diri sendiri. muga kajian tuan, berjaya

    ReplyDelete