Posts

Qanaah

Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam GenggamanDunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang PasirPanas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-bayang
Dilihat Ada Ditangkap HilangTuhan.. Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMu Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh......
Bersyukur dengan apa yang adaItulah kunci terbaik capai kebahagian.
Kita miskin pun mampu capai kebahagian kalau kita qanaah.
Kalau kita kaya tapi qanaah tiada, sampai bila pun kita tak akan bahagia.Bila tiada rumah, kita nak rumah.
Bila ada rumah kecil, kita nak rumah besar. Bila ada rumah besar, kita nak rumah lain pulak.Begitulah sampai akhir hayat nafsu kita akan terus meminta itu dan ini. Tak kan puas.Namun Agama ajar kita supaya qanaah dalam apa jua …

My pic

Image

Jurutera ; Jalan Bahagia?

18 March 2017.
Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Menuju ke Kota Bharu. Cuti seminggu sempena cuti sekolah.1. Bulan March cukup mendebarkan saya. Bukan sebab ia bulan kelahiran saya, namun bulan March banyak menghadirkan turning point yang cukup menguji perjalanan hidup saya. Melalui dan melepasi bulan March dengan penuh cubaan dan pelbagai perasaan. Samada ia kebetulan atau tidak, lebih 38 tahun cukup membuatkan saya berhati - hati.
Tidak tenteram.
Cuba bertenang.
Berharap bulan March akan segera berlalu.2. Mengimbas kembali semasa darjah 5 sekolah rendah, saya pernah menyertai pertandingan kuiz matematik pada 16 March 1991. Nak dijadikan cerita, saya terlewat bangun pagi. Pakaian seragam sekolah belum dibasuh. Akhirnya saya pakai baju biasa ke pertandingan tersebut. Hanya saya seorang pakai baju berlainan di antara 200 orang pelajar. Ya. Ia cukup unik.3. Di alam pekerjaan berlaku segala turning point untuk saya. Saya tamat belajar di universiti pada bulan Februari 2…

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.Kenapa kita berbeza?
Berbeza bangsa.
Berbeza warna kulit.
Berbeza bahasa.
Berbeza rupa paras.
Budaya. Adat. Makanan. Terlalu banyak perbezaan. 7 billion perbezaan.Pada 20hb. Januari 2017, semasa majlis perlantikan Presiden Amerika ke Donald Trump, seorang wakil muslim Mohamed Magid membacakan ayat di atas dan juga ayat surah Ar Rum 21 berbunyi"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi
serta berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."Rakan - rakan yang saya hormati.
Inilah tujuan utama kenapa kita semu…

Nikolaus August Otto

Image

Dunia Kambing

Image

Jauhi permusuhan

Image